A Hot Mompreneur

Tiada lagi Sekolah Cina Untuk Amanda

Saya buat keputusan tukar kepada sekolah agama untuk Amanda.

Kini anak sulung saya dah tak bersekolah di sekolah cina lagi.

Tetapi untuk ibubapa yang berhasrat menghantar anak ke SJK (C) On Pong,

jangan risau sebab ia bukanlah masalah pada sekolah tersebut.

Ia disebabkan oleh saya yang inginkan persekitaran dan pembelajaran yang berbeza dari apa yang ada di sekolah sana.

Amanda sekarang darjah 1 dan Maryam 5 tahun.

SEKOLAH AGAMA UNTUK AMANDA

Kalau sebelum ni, siapa yang follow saya akan selalu dengar nama sekolah Khalifah Model School (KMS)

yang menjadi sebutan dari semenjak saya beranak 1.

Saya memang dah lama sangat teringin untuk menyekolahkan anak-anak di sana.

Saya juga ada tuliskan tentang KMS di sini : https://wp.me/paF3ki-bE .

Ia adalah sekolah yang menekankan jati diri para pelajar.c

Secara kasar, yuran belajar di KMS untuk first quarter hampir RM7000 bagi pelajar baru,

dan hampir RM3000 untuk 3 quarter yang seterusnya. Untuk setahun hampir RM16,000 seorang anak.

Rujuk : https://www.khalifahschool.edu.my/fees-structure/#1527665529792-8f85c40c-c150

 Namun saya kira dengan tahap kewangan kami sekarang, saya terpaksa membatalkan niat tersebut.

SESI PERSEKOLAHAN DI SEKOLAH CINA

Disebabkan saya tidak mengambil kira sekolah lain selain KMS,

maka bermulalah kisah Tadika Cina Untuk Anak .

Sama-sama bersekolah di Tadika On Pong

Walaupun banyak lagi sekolah agama da integrasi lain,

saya tidak dapat dengar dan lihat testimony sepertimana untuk KMS, ada sumber yang dipercayai.

Sehingga 1 bulan Amanda bersekolah darjah 1 di sekolah cina waktu pagi,

sekolah agama waktu petang kemudian ada 30 minit mengaji di sekolah agama.

Selepas itu dia akan terus ke tusyen untuk bahasa cina.

Saya sebenarnya turut terkesan dengan jadual yang padat.

Belum lagi kira ambil dan hantar adiknya, Maryam untuk pagi dan petang.

Dalam masa yang sama saya tetap berdoa kepada Allah swt

agar memberikan saya petunjuk, adakah ini pilihan terbaik untuk anak-anak.

DOA YANG DIMAKBULKAN

 Mungkin Allah swt menjawab doa saya dengan cerita dari rakan

bisnes yang menghantar anak mereka di Sekolah agama berbayar.

Dalam banyak pilihan, beliau memilih sekolah tersebut kerana

tertarik dengan akhlak dan tingkahlaku anak buah yang bersekolah di sana.

Bila dapat tahu tentang yuran yang mampu bayar iaitu RM3000 tahunan dan RM350 untuk setiap bulan,

saya tak teragak-agak lagi. Inilah jawapan untuk doa saya.

Berkali-kali memohon petunjuk, maka saya buat keputusan untuk memberhentikan Amanda dari sekolah cina.

Ya, dengan persetujuan dari suami. Bukan senang nak pujuk suami.  Berminggu-minggu juga.

Sebab menurut suami, dia kasihankan anak kami yang terpaksa adapt dengan suasana baru.

Tetapi bagi saya, tak mengapa kerana apa yang saya inginkan di sekolah baru ini adalah penerapan akhlak islami.

Doakan semoga Amanda Imani bukan sahaja cemerlang akademik

malah memiliki akhlak yang terpuji.

Semoga ini adalah keputusan yang terbaik.

Dengan persekitaran baru dan kakak serta abang di sekolah baru yang tak lokek membantu,

besar harapan mom dan papa untuk mencorakkan kain putih ini, menjadi saham syurga kami.

 Nina Salleh

Tags:

2 thoughts

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh