TBS Wellness

Biayai Terapi Anak Autisme dengan Bonus Shaklee

Saya mula berniaga sekitar 2016 dan bina team TBS Wellness.

Bermula dengan makan set pantang Shaklee, saya terus yakin untuk berkongsi keberkesanan produk ini.

Daripada seorang diri, kini dah ramai ahli yang berniaga bersama-sama. Kami berkongsi untuk bantu lebih ramai orang dapat hidup sihat dengan vitamin Shaklee.

Ahli TBS Wellness semakin bertambah dari hari ke hari mula berniaga, saya masih sibuk kerja di jabatan kecemasan. Antara bidang tugas saya ialah uruskan kemasukan pesakit ke wad, pastikan wad sentiasa terurus, pastikan team jabatan kecemasan berkerja ikut port folio masing-masing dan perlu kawal selia setiap susurgalur perjalanan pesakit.

Banyak meeting kena hadir, sama ada wakil jabatan atau wakil hospital. Kalian nampak smooth di hospital, kami di sebalik tabir sentiasa bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik. Gitu.

Kerjaya sebagai pembantu perubatan

Biasa la kerja di jabatan paling sibuk dan di hospital paling sibuk juga. Rasanya kalau terserempak dengan Ketua Jabatan di koridor, terus macam longgar kepala lutut. Tak dapat nak berpijak di bumi yang nyata.

MULA BERNIAGA SECARA SERIUS

Walaupun sibuk dengan tugas hakiki, satu perkara yang buat saya kuat dan cari masa untuk berniaga iaitu anak-anak saya. Saya mula serius bila dapat tahu bisnes Shaklee boleh buat secara online, tak memerlukan modal seperti bisnes saya yang sebelum ni malah boleh dapat payslip yang diterima pakai oleh bank.

Bonus pertama saya, tak sia-sia mula berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya juga menggunakan set pantang Shaklee.

Waktu saya bermula agak lambat. Lagipun sebelum ini saya pernah daftar sebagai ahli Shaklee, tapi malangnya saya tak dapat tunjuk ajar yang sepatutnya. Sebab itulah sangat penting untuk pilih team yang betul-betul akan guide kita.

Bersama TBS Wellness, kami ajar dari sekecil perkara. Tinggal nak buat sahaja.

Saya tak dapat beli masa lalu. Jadi, masa sekarang ni saya perlu guna sebaiknya. Rutin saya setiap hari bila balik rumah, sediakan makan dan minum. Bermain dan siapkan anak-anak sekejap. Ambil masa untuk uruskan suami, kemudian saya akan mulakan rutin berniaga.

Belajar tentang produk, masuk kelas online dan selok belok perniagaan.

KISAH INSPIRASI DALAM SHAKLEE

Dah banyak cerita yang saya dengar tentang ‘masa’.

Salah satu kisah yang saya sentiasa ingat,
tentang upline dalam bisnes, Master Farihah Abu Kasim .

Saya bersama upline merangkap mentor bisnes, Master Farihah dan Master Hasifah kayuh basikal sekitar Kodiang

Kisah beliau sebaik sahaja rank up Master Coordinator, rank tertinggi dalam Shaklee, dia dan suami dapat tahu yang Asyraf, anak mereka yang berumur 2 tahun lebih menghidap autisme!

Allah. Tak terkata.

Tapi walaubagaimanapun, seorang ibu tetap nak yang terbaik untuk anak. Nak beri perawatan yang terbaik dari hospital terbaik.

Suami Master Farihah, Ustaz Raja Mutalib di tengah

Mereka pergi ke hospital semi kerajaan untuk buat beberapa pemeriksaan. Tapi sebab masa menunggu yang lama, mereka terus tukar untuk buat pemeriksaan di hospital berbayar.

Dengan baju yang biasa-biasa, mungkin petugas kaunter pun seperti teragak-agak untuk beritahu jumlah bayaran. Tapi masa tu, bonus dah 5 angka. Memang boleh dan mampu bayar. Janji dapat tahu dan periksa anak mereka secepat mungkin.

Dah banyak pencapaian mereka dengan Shaklee

Selesai pemeriksaan, memang sah Asyraf menghidap autisme.

Sekali lagi mereka terpaksa cari pusat terapi untuk Asyraf.

Autisme tiada ubat, hanya ada terapi untuk menyalurkan tenaga mereka dengan baik.

Ada beberapa pilihan untuk pusat terapi, yang berbayar mahal dan murah, pasti ada beza pada cara merawat dan perkhidmatan.

PEMBIAYAAN SEHINGGA RM2500 SEBULAN!

Kos pembiayaan untuk terapi sahaja menelan belanja RM2500 sebulan untuk rawatan 3 jam sehari pada masa itu.

Sekarang, Asyraf dah berumur 9 tahun. Hasil dari terapi yang berterusan, kalau dilihat dari mata kasar, Asyraf memang seperti anak-anak normal. Mampu bergelak ketawa dan boleh ikut arahan.

Asyraf yang sedang menonton TV bersama adiknya, Adam.

Alangkah rugi jikalau Master Farihah pilih untuk tunggu waktu lapang sebelum mula serius dalam bisnes Shaklee.

Mana nak cekau duit sebanyak beribu setiap bulan untuk rawatan Asyraf, jika tanpa bisnes Shaklee?

Saya nak ajak kalian, untuk sama-sama berfikir sejenak.

MULA SEBELUM TERDESAK

Adakah jika sesuatu terjadi, kita sudah dalam keadaan bersedia? Fizikal, mental dan kewangan.

Jangan tunggu terdesak untuk bermula, kawan. Kita inginkan masa depan yang baik, maka kitalah yang mencorakkannya hari ini.

Bina pendapatan di samping ada masa sendiri

Nina Salleh,
Macam-macam bisnes dah buat sebelum jumpa Shaklee.

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh