A Hot Mompreneur

Cara Semak Arah Kiblat

Assalamualaikum dan salam semua, hari ni jom sama-sama ambil peluang untuk semak arah kiblat jam 5.28 petang hari ini (16 Julai 2019) waktu Malaysia, sempena peristiwa Istiwa A’zam, iaitu peristiwa apabila matahari berada tepat di atas Ka’abah. Peristiwa ini berlaku dua kali setiap tahun, sekali pada bulan Mei dan sekali lagi bulan Julai.

Sebelum pergi berdiri tengah panas, sapu dulu Youth Moisturizer dengan SPF50 ni

Waktu ni, kita boleh ambil peluang untuk semak arah kiblat kita selama ini. Haru juga kalau 10 tahun tak pernah semak kan. Bila ada peluang dan ruang, boleh buat semakan arah kiblat ni. Senang sangat aih!  Buat sambil main dengan anak pun boleh.

Cara Semak Arah Kiblat

Cara-cara:

1) Sediakan kayu, tiang atau apa-apa benda yang tegak
2) Pacakkan pada permukaan tanah, pastikan kayu dipacak dengan tegak, 90 darjah
3) Lihat bayang yang terhasil
4) Arah bayang kepada kayu, ialah arah menghadap Ka’abah iaitu arah kiblat

Bayang ke tiang, ialah arah di mana mula kita menghadap

Jom sama-sama bersedia untuk semak arah kiblat hari ini. Senang je kan. Nina pun excited nak buat. Teruja sangat. Jom buat di tempat masing-masing.

Love always,

Nina Salleh

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh