A Hot Mompreneur

Hotel Best di Tawau

Assalamualaikum dan salam 1441H. Rasa macam sekejap je dah tahun baru. Tahun pertama kali  Nina jejakkan kaki di bumi Tawau. Banyak juga yang Nina google, ye la tempat pertama kali datang kan.

Antaranya tempat makan, hotel best, perkara menarik dan tempat yang perlu dilawati bila berada di Tawau.Sebab trip kami ni tidak dirancang awal, ia adalah unplanned holiday trip. 2 hari sebelum datang baru confirmed untuk travel dan buat tempahan tiket. Dengan hotel nya, apa semua tak rancang kan. Gigih juga google supaya tak terlepas apa yang best.

Pertama kali nak jejak Tawau, pergi dengan anak-anak. Suami tunggu di sana

Hotel Best Tawau

Kalau buat carian melalui aplikasi Agoda memang banyak sangat hotel yang menarik dan harga berpatutan di Tawau ni. Kalau korang ada masa yang panjang, ambik hotel yang ala-ala resort boleh dapat rasa dekat dengan alam. Banyak khazanah alam di Bumi Tawau ni untuk kita terokai.

Antaranya boleh ke Balung Eco Resort. Kat sini best sangat (nampak dalam gambar) tapi dalam 1 jam dari bandar Tawau. Jadi memang tak sempat lah kami ada wedding di bandar, tak boleh nak pergi jauh sangat😅

Borneo Royale Hotel

Akhirnya kami pilih hotel ni untuk hari pertama Nina di Tawau, kami bermalam di Borneo Royale Hotel. Dikatakan hotel ni hotel terkemuka lah di sini. 4 bintang di Tawau dah banyak. Dan Nina pun puas hati.

Lobby hotel
Ruang menunggu sementara check in
Tak sempat ambik gambar bilik tengah kemas, dah selamat dibaham anak-anak🤣
Tandas pun best dan selesa

Di hotel ni kami tak breakfast jadi tak boleh nak review pilihan makanan. Tak sempat nak breakfast sebab bangun pagi lagi untuk bersiap dan terus kemas barang dan check out. Kemudian kami menuju ke rumah pengantin perempuan untuk menyaksikan majlis akad nikah.

Selesai majlis akad nikah, rupanya lebih kurang sama je dengan semenanjung.

Selesai majlis, kami keluar berjalan-jalan dan mula cari hotel untuk menginap malam kedua.

Marco Polo Hotel

Hari kedua, kami menginap di Marco Polo Hotel.

Lobby hotel

Nina pilih hotel ni sebab design yang klasik. Memang hotel ni hotel lama. Tapi bilik dia tak adalah lama pun sebab dah diperbaharui.

Dalam bilik
Bilik berhadapan dengan masjid

Suka konsep hotel macam ni. Tapi satu je sebab klasik sangat, tandas tak ada paip. Jadi nak beristinjak tu kena pakai gayung yang disediakan. Terlupa gambar toilet, tapi okey je bagi Nina. Hehe.

Tapi hotel ni pun tak sempat breakfast. Jadi tak boleh nak review makanan. Kalau nak breakfast bayar extra RM5/person untuk bilik tanpa breakfast.

Jadi kalau datang dan nak stay di bandar Tawau, Nina recommend kedua-dua hotel ni. Sangat best dan sangat friendly stafnya. Kalau ikutkan memang Nina lebih suka yang dalam hutan, style resort dan dekat dengan alam kan tapi kami kesuntukan masa. Memang asalnya pergi ke Tawau pun sebab ada akad nikah dan kenduri kahwin kawan suami.

Jadi memang squeeze in je la jalan-jalan tu mana yang boleh. Nanti Nina share next entry tempat menarik di Tawau. Stay tune k!

Sincerely,

Nina Salleh

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh