A Hot Mompreneur

KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN

Salam 14 Ramadan. Hari ini belum habis kesedihan atas pemergian founder kosmetik Dnars, kita dikejutkan lagi dengan berita kematian Adamdidam, bapa saudara kepada Fatimah thefamily.uk .

Kena kaya untuk memberi

Allahu Akbar, kematian itu benar-benar peringatan untuk yang masih hidup, istirehat dari dunia bagi yang pergi dengan amal soleh dan kebaikan serta kebajikan.

Mamajee yang penyayang kini menunggu anak kecil ini di Syurga

Kita bila pula? Sudahkah kita bersedia?

PERSEDIAAN DARI DUNIA

Nina sebagai ibu kepada tiga orang anak, selalu terfikir apa yang akan terjadi kalau Nina pergi dulu. Ya, Nina tak dapat elak dari berfikir perkara sebegitu. Kerana ia adalah satu kepastian. Dari kita sendiri untuk siapkan diri kita termasuk amanah yang ALLAH swt beri pada kita.

Amanda Imani, Maryam Tihani dan Eisyal Diyani amanah dari ALLAH swt untuk mom

Banyak yang perlu diambil kira, pelajaran anak-anak, sekolah, dengan siapa anak nak tinggal nanti. Andai mom pergi dulu, mom doa moga ALLAH swt mudahkan urusan penjagaan anak-anak. Termasuk duit, mom tahu urusan anak-anak terbengkalai kalau tak cukup duit. Mimpi ngeri terbayang kehidupan anak-anak selepas ketiadaan mom.

Duit bukan segalanya, tapi untuk teruskan hidup, kita perlukan duit.

Sebab tu untuk anak-anak, mom dah siapkan seberapa yang boleh. Sudah mom titipkan simpanan untuk kamu meneruskan hidup. Sudah mom persiapkan bekal dunia, maka dari diri kamu sendiri untuk persiapkan diri dengan bekal akhirat.

Ingat anak-anak, di negeri sana nanti, adalah tempat tinggal abadi yang tiada berpenghujung.

Dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk bawa bekal di sana kelak.

HIBAH UNTUK ANAK-ANAK

Nina nak share sesuatu yang mungkin boleh ibu atau bapa di sana laksanakan sebagai persediaan kita menghadapi kematian, terutama dari segi dana pendidikan untuk anak-anak, iaitu hibah takaful.

Hibah takaful ialah pemberian harta pampasan sekiranya terjadi apa-apa kepada penama seperti kematian. Dan hibah tak perlu melalui faraid, iaitu pembahagian harta.

Mungkin ada antara kita terlepas pandang tentang perkara ini. Belum terlambat untuk daftar hibah takaful untuk yang tersayang. Agar isteri tak dibebankan dengan hutang si suami, agar kebajikan anak-anak terjaga.

Tapi maaf, Nina tak jual insurance. Boleh whatsapp Nina untuk dapat recommendation dari agent yang Nina berurusanšŸ˜Š

Nina hanya kongsi, mana tau bermanfaat dan buka mata sementara kita masih ada hayat. Nina sign up plan hibah takaful, dan bayar setiap bulan dengan bonus Shaklee.

Kalau nak tahu macam mana boleh bayar hibah takaful setiap bulan dengan bonus Shaklee, boleh whatsapp Nina juga. Nina akan guide bagaimana untuk mulakan bisnes ni bersama The Brightstars. InsyALLAH, suri rumah pun boleh dapat bonus dan mampu bayar hibah takaful sebagai persediaan untuk anak-anak.

Bonus masuk dalam akaun, nak banya buat banyak, kalau hibah Rm150 tu memang boleh sangat

Mulakan hari ini untuk yang tersayang.

Nina Salleh, mompreneur, founder of The Brightstars

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh