A Hot Mompreneur

KITARAN HAID TERGANGGU

Assalamualaikum, dan Salam Jumaat, sempena dah penghujung Ramadhan, Nina nak share hot topic di kalangan wanita. Iya la, lelaki mana pulak ada kitaran haid kan?

Sebenarnya, Nina salah seorang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Kitaran haid terganggu, adakala 3-6 bulan sekali baru datang haid sejak menarche, tak pernah pun setiap bulan tu secara tetap. Nina menarche atau mula period pada umur 16 tahun, adalah agak lewat untuk dibanding dengan rakan sebaya. Tapi itulah, jangan membanding-banding.

Apa yang paling risau, ialah susah untuk mengandung apabila berkahwin. Tapi kuasa ALLAH swt siapa dapat duga. Kahwin bulan 8 2012, anak pertama lahir bulan November 2013 dengan kitaran haid yang terganggu tadi.

Anak pertama, dah 6 tahun

Bukan tak pernah jumpa doktor, macam-macam doktor Nina dah jumpa­čśů

BILA KITARAN HAID TERGANGGU

(Catatan asal oleh Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat)

Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Pelbagai gejala dan penyakit boleh menyebabkan gangguan kitaran haid.

Kitaran haid secara umum

Ada yang berbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahim (cervix), kanser ovary atau rahim.

Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dan juga berbagai2 tumbuhan bukan kanser saperti fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.

TANDA-TANDA YANG PERLU DIAMBIL BERAT

Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan2 berikut:

1. Perdarahan selepas hubungan kelamin

Ia dianggap sebagai tanda kanser pangkal rahim. Walau demikian ada punca2 lain saperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp.

Perlu periksa faraj dan buat ujian Pap smear.

2. Perdarahan selepas putus haid (menopause)

Ini satu tanda kanser dalam rahim. Lain-lain punca adalah kekurangan hormone estrogen, ada ketumbuhan fibroid dan polyp.

Periksa hormon dalam darah dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.

3. Perdarahan haid terlalu banyak dan berpanjangan (menorrhagia)

Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vaginal scan.

Rawatan dengan bedah D&C, buang fibroids atau buang rahim. Ubat hormone, norethisterone (norculut) boleh membantu.

4. Sakit senggugut

Sering disebabkan olih endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.

Kerap senggugut tanda perlu jumpa pakar

Syukur; tak pernah rasa senggugut.

Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut untuk sementara.

5. Haid tidak teratur, jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih

Sering disebabkan oleh PCOS, ovary bengkak dan hormon tidak seimbang. Sering berlaku pada wanita gemuk.

Gangguan utama ialah sukar hamil dan perdarahan banyak dan berpanjangan.

Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.

6. Tidak datang atau lewat datang haid

Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan.

Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.

7. Tidak datang haid melebihi 6 bulan

Salah satu tanda menopause bagi mereka berumur sekitar 50an. Atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.

Bagi mereka yang berhenti haid dalam umor 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telor dan hormone telah tandus.

8. Tiada datang haid pada gadis berumur 20 tahun

Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini cacat kogenita, iatu sejak lahir tidak sempurna peranakan nya.

Jadi kitaran haid yg tidak menentu mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya.

Kanser ke-4 tertinggi di kalangan wanita

ATASI GEJALA HAID TERGANGGU

Seperti pesan Dr Hamid Arshat, sekiranya terdapat ketaknorman dalam kitaran haid, terus jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan dan tunggu lama bagi mengelakkan perkara itu berlarutan dan menjadi lebih teruk.

Dapat kepastian masalah kita sendiri. Nina sendiri pergi jumpa doktor dan masih dalam follow up, cuma nya tergendala sikit sebab asyik duk mengandung beranak repeat 3 kali dah­čśé

Melakukan ujian Pap Smear

Pap smear untuk mengambil sample bahagian peranakan

Ramai yang selalu skip ujian ni sebab takut. Tak pasti Nina, takut sakit atau takut kalau result tak menyebelahi kita? Untuk ujian ni, kalau kita mengandung dan bersalin dan seterusnya check up di klinik kesihatan, memang nurse akan setkan date yang sesuai untuk ujian ni.

Yang pasti bukan waktu period lah. Ujian ni penting untuk cek kesihatan rahim dan pangkal rahim kita. Tak sakit pun, sekejap saja. Buat demi kesihatan dan demi orang yang kita sayang. Nina memang buat tapi di klinik kesihatan saja, tak perlu bayar. Cuba call klinik kesihatan berdekatan untuk ketahui hari yang dibuka untuk ujian ni.

Selepas sample diambil dan diuji, andainya ada ketidaknormalan, kita akan diberitahu.

Amalkan pemakanan sihat

Dari Nina sendiri, apa yang Nina amalkan, walaupun belum lagi betul-betul sihat. Ada hari terliur sangat, Nina makan juga maggi segera. Tapi selagi boleh elak, kita elakkan.

Sebolehnya, Nina akan cuba masak di rumah walaupun menu untuk anak-anak dan cuba elakkan bahan penambah rasa seperti MSG dan sebagainya. Kerana ia adalah bahan kimia yang boleh menjadi racun pada diri kita.

MSG akan meningkatkan radikal bebas dalam badan, yang akan ganggu fungsi dan pertumbuhan sel yang normal. Guna alternatif untuk gantikan MSG.

Analogy radikal bebas menyerang sel badan seperti pada buah tomato

Biasanya kalau Nina masak, Nina akan tumis bawang besar untuk sesetengah masakan, rasa macam letak Ajinomoto dah. Selain itu, boleh guna serbuk ikan bilis. Lebih sihat dan lebih selamat untuk keluarga kita.

Vitamin untuk wanita

Sebagai seorang isteri dan ibu, Nina perlu sentiasa cergas dan sihat untuk keluarga kecil kami. Nak sediakan makanan untuk anak-anak, nak menyusukan anak, nak layan suami. Kita mesti nak yang terbaik.

Tapi kena terima hakikat, bila kita berumur, badan kita akan lebih penat. Sebenarnya bukan badan penat, tapi ia adalah kesan nutrisi yang berkurang dari hari ke hari. Bayangkan macam mana keperluan nutrisi harian kita? Adakan memadai dari sumber makanan?

Katalah, sehari tu ada yang kita makan nasi dan telur serta kicap. Mana kalsium? Mana vitamin C? Cukup ke Omega-3? Sedangkan ini ialah keperluan untuk badan dapat berfungsi dengan baik.

Nutrisi penting untuk badan

Untuk itu, setiap hari Nina akan amalkan ‘Daily Essential Set’ yang lengkap dengan antioxidant, vitamin C, Omega, pendek kata, lengkap untuk kesihatan sekeluarga. Termasuk Vivix!

Vivix ialah minuman botani dengan sumber antioxidant yang sangat tinggi, yang akan menghalang radikal bebas dari merosakkan sel.

Testimoni dari pengguna Vivix

Bukan itu saja, Vivix yang terdapat dalam Daily Essential Set telah diuji secara klinikal untuk memberi kesihatan yang lebih baik. Amalkan set ni untuk kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.

Daily Essential Set Promo

Dengan set ni juga, dah ramai yang dapat kembali haid yang teratur. Tiada lagi senggugut ketika haid, dan paling tersentuh apabila ada yang mendapat zuriat asbab ikhtiar dengan set ni. InsyaALLAH kita usaha baja diri, cukupkan nutrisi, ALLAH swt Maha Tahu yang terbaik.

Hubungi Nina Salleh untuk mendapatkan produk ini pada harga jimat 10%!

0123114040

 

 

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh