A Hot Mompreneur

Mee Goreng Basah Sedap dan Mudah

Assalamualaikum, kali ni Nina nak kongsi resepi mee goreng basah yang sedap dan mudah. Makan sepinggan memang tak cukup gais.

Resepi asal dari makcik saya. Saya terlampau gemar dengan mee yang digoreng, sehinggakan saya sanggup buat video bagi kalian lihat dan cuba sendiri. Kalau setiap kali jumpa, memang mee inilah yang saya minta. Dah la cepat, sedap pula tu. Naik hairan pula saya.

Ada satu hari, saya minta makcik buatkan mee ni di depan saya sendiri, baru saya tahu rahsia mee goreng sedap ni kenapa. Tapi kalau nak tahu, kena tengok video di sini.

Sangat mudah rupanya. Memang tak menyesal dan wajib buat.

Bahan-bahan untuk Mee Goreng Basah sedap dan mudah

1) 5 ulas bawang putih diketuk
2) Air perahan sebiji limau nipis size sederhana
3) Ayam yang dipotong
4) Sebiji telur
5) Sos Tomato, sos cili dan kicap
6) Sedikit garam
7) Air secukupnya
8)Mee kuning 1 paket

Cara step-by-step ada dalam video ini, resepi mee goreng basah. Memang senang sangat tak terkata.

Cadangan untuk yang suka pedas, boleh ketuk cili padi dan tumis bersama.

Saya tak boleh buat begitu sebab nak beri anak-anak makan sama. Sob.

Selamat mencuba. Memang sedap dan tak menyesal tau.

Sincerely,

Nina Salleh

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh