The Brightstars

NINA SALLEH, MASTER COORDINATOR SHAKLEE MAC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni, saat ni 6.30 petang tetiba sayu, berkobar-kobar dan hati Nina meronta, Nina baru lepas tengok Youtube, video mereka yang hebat.

Dari Master Irine Nadia,

Master Norsyaheera,

Presidential Master Farihah,

Sampai ke Master Iffah.

3 di bawah tu nama upline Nina dalam Shaklee, mak bisnes Nina ialah Master Norsyaheera. Bermula dengan tengok video Shaklee International Incentive Trip 2018 baru ni di sini , membawa ke video master hebat semua.

Nina dan anak cucu TBS bersama Master Dr Hasifah, RYG, nenek kepada TBS
Nina bersama cucu TBS
Sebahagian dari keluarga besar, TBS RYG

Gambar di Shaklee National Convention 2018.

TEKAD MASTER COORDINATOR NINA SALLEH

2019, Nina akan bagi ucapan di National Convention sebagai Master Coodinator.

Masa tu, Nina dah suami akan naik bagi ucapan sebagai Master Coordintor Shaklee, income kami dengan Shaklee dah mencapai RM20,000.

Nina dah rank up Master Coordinator dan bonus Nina dah RM15,000 pada bulan Mac 2019!

TEXT UCAPAN MASTER COORDINATOR NINA SALLEH

Baru ni ada bersembang di whatsapp dengan PM Farihah, yang Nina suka panggil maktok, kata maktok,

‘Nina dah kena buat text kalau nak rank up Master Coordinator’

Fake it until you make it!

Assalamualaikum dan selamat petang Shaklee family,

Saya, Nina Ilani dan ini suami saya, Mohd Farid. Kami sama umur. Suami mula mengorat saya masa kami tusyen masa akhir 2004, tusyen untuk SPM, dah la pertama kali Nina pergi tusyen, tetiba kena mengoratšŸ˜‚

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada uplines saya, Master Norsyaheera, Master Hasifah, Master Norfarhana, Master Farihah, Master Iffah, dan semua uplines, downlines saya anak cucu The Brightstars, sidelines saya, kerana anda saya di sini hari ini.

Terima kasih juga kepada keluarga saya.

Kalau siapa yang biasa dan selalu follow saya di Facebook, jarang sangat saya luahkan perghargaan kepada suami, sampai kadang-kadang upline saya pulak tegur suruh saya cerita.

Tapi tahukah anda, suami saya ialah orang yang paling kuat dalam bisnes saya?

Tak ramai yang tahu sebenarnya.

Di saat saya sibuk dengan anak cucu TBS, suami yang urus rumahtangga. Kalau tak ada suami, mungkin baju bersih untuk saya dan anak-anak, tak ada! Sebab? Tak di basuh.

Mungkin kami tak cukup makanan, sebab saya tak masak.

Mungkin barang customer tak sampai, sebab saya tak pergi pos.

Orang jarang lihat, atau memang tak pernah lihat air mata saya. Maktok cakap, saya ni ROBOT! Tak ada perasaanšŸ˜

Saya sebenarnya banyak cover, saya cover untuk saya ceritakan hari ini, bila saya dah Master Coordinator dan berucap di atas stage yang Gah ini. Airmata saya jatuh, baju suami saya lah yang selalu basah, tangannya lah yang memeluk erat tubuh saya untuk memberi kekuatan, bibir itulah yang memberi kucupan di dahi bagai nafas baru setiap kali saya jatuh. Dia, yang buat saya bangun balik.

Walaupun diri dalam kesedihan, tak pernah ditunjuk kepada isteri. Apatah lagi untuk meluahkan rasa sedih, jatuh bangun dalam bisnesnya.

Jatuh bangun saya sebenarnya, apa yang saya tulis di Fb, beberapa percent saja..

Hari ini, dengan Shaklee ni saya dapat clear nama dari CCRIS. Dengan bisnes ni juga, saya……

(Akan sambung di ucapan sebenar di Shaklee National Convention 2019)

Saya dedikasikan Master Coordinator ini buat suami Syurga saya. Saya habis perkataan untuk diucapkan kepadanya.

Kesabarannya, kekuatannya, kelembutannya, kesanggupannya bersama dengan saya hingga ke saat ini, hanya ALLAH swt yang mampu balas.

Terima kasih sayang, untuk bersama saya dengan Shaklee. Bina legasi untuk anak-anak kita.

By Nina Salleh,

Master Coordinator Mac 2019

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh