Live a Healthy Life with The Brightstars

PENGALAMAN MELAWAN ENDOMETRIOSIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya dah lama nak share kisah ni tapi asyik duk bertangguh lagi, part nak masukkan gambar tu bercinta juga la. Hehe. Tapi sebab kisah ni, mungkin ramai yang boleh dapat harapan lepas baca. Nina nak share pengalaman orang sebelah Nina dalam gambar ni, dalam melawan endometriosis, iaitu sejenis ketidaknormalan pada tisu organ peranakan wanita.

Beliau ialah seorang kenalan dan juga mentor bisnes Shaklee Nina, berumur 30-an. Semasa diberitahu tentang endometriosis, beliau sedang berusaha untuk dapatkan zuriat ketiga, malangnya doktor memberitahu harapannya agak tipis dan mustahil. Tapi beliau tak putus asa berusaha.

Gambar tahun lepas, sekarang beliau dah berpurdah, jadi Nna tutup. hehe

Cerita beliau..

SAYA SEORANG PESAKIT ENDOMETRIOSIS STAGE 2

Saya yakin ramai yang tak tahu bahawa saya merupakan seorang pesakit endometriosis stage 2 dan telah selamat menjalani pembedahan Laparoskopi awal bulan Jun 2016 hari tu.

dalam wad untuk pembedahan

Saya didiagnosis penyakit ini beserta masalah rahim terbalik. Sebab itulah usaha saya untuk hamil anak ketiga gagal. Dah hampir 3 tahun saya TTC (Trying to conceive) tetapi masih belum berjaya.

Salah satu punca penyakit endometriosis adalah STRESS yang seterusnya menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan. Jika kalian rajin membaca, kalian akan maklum yang kebanyakan pesakit endometriosis ini adalah golongan wanita profesional dan mereka ini kuat berfikir dan terlalu fokus terhadap kerja. Akhirnya, mereka mengabaikan waktu rehat dan tidur. Emosi tidak stabil dan hormon mula bercelaru.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan endometriosis

 

Ya, itulah yang saya alami. Stress semasa zaman bekerja makan gaji dahulu terus menerus bersambung struggle di alam perniagaan. Saya akui, tahun pertama saya berniaga, memang saya tidak cukup rehat dan tidur. Siang dan malam fokus saya 100% untuk memajukan perniagaan dan keluarga sehingga mengabaikan hak diri 😔

Haid saya bermasalah. Dulu normal saja. Tapi dari hari ke hari, haid saya yang asalnya hanya 7 hari menjadi panjang sehingga 13-14 hari dalam sebulan. Dahla panjang, kemudian tak lancar pulak. Tersekat-sekat. Saya kerap muntah, perut berangin, sebu , badan lemah dan lesu sepanjang 14hari haid. Yang paling teruk, saya menghidapi senggugut yang sangat dasyat sehinggakan 3-4 hari tidak boleh bangun. Terbaring je setiap masa

Haid normal adalah 7 hari

DOKTOR PAKAR KATA SAYA DAH MANDUL

Akhirnya saya mengalah dan berjumpa dengan 2 orang pakar pakar perbidanan dan kewanitaan. Pakar pertama mengatakan saya menghidapi adenomyosis dan saya sudah mandul. Kata beliau, rahim saya dah rosak dan perlu jalani pembedahan untuk buang rahim. Allahuakbar. Menitis air mata saya dengar kata-kata doktor tu.

Tetapi saya masih positif dan buat pemeriksaan dengan pakar di hospital lain. Alhamdulillah pakar tersebut mengesahkan saya bukanla sampai tahap adeynomiosis akan tetapi endometriosis stage 2 & rahim terbalik bererti saya masih berpeluang untuk hamil 😭 , sebak saya dengar.

Pakar tersebut mengesyorkan saya supaya menjalani pembedahan betulkan rahim dan laparoskopi. Saya terpaksa akur kerana saya sayangkan kesihatan dan rahim saya. Lagipun saya nak sangat hamil anak ketiga 😔

Beza adenomyosis ialah kerosakan teruk pada organ rahim akibat pertubuhan sel.

Selepas jalani pembedahan laparoskopi dan betulkan rahim yang terbalik. Saya jaga kesihatan betul-betul.

Saya hanya makan REAL FOOD.

Saya detox bersungguh-sungguh dan turunkan berat badan hampir 10kg.

Sejujurnya, saya tak ada ambil sebarang ubat kesuburan dari hospital.

Memang doktor pakar ada memujuk saya untuk ambil injection lucrin untuk hentikan haid buat seketika (sebab nak elakkan sakit sengugut yang kronik), tapi saya menolak dengan elok. Lagipun memang doktor pakar tu sendiri yang cakap ubat lucrin ada side effect seperti mood swing, sakit kepala, sukar tidur dan sebagainya. Saya takut dan buat keputusan untuk tidak mengambilnya.

Saya beritahu doktor untuk cuba berikhtiar untuk lengkapkan nutrisi dengan supplement Shaklee. Kalau 3 kali haid saya masih belum stabil, saya akan serah diri untuk diberi suntikan Lucrin.

Dan pakar akur dengan keputusan saya yang degil ni. Hehe.

BAGAIMANA SAYA MELAWAN ENDOMETRIOSIS?

Selepas saya disahkan ada endometriosis oleh doktor pakar sakit puan,  honestly saya sangat sedih dan risau sebab penyakit ni ada potensi untuk merebak menjadi kanser jika tidak dirawat dari awal.

Mula-mula tu saya sendiri tak tau apa tu endometriosiss sebab tak pernah dengar. Ganjil. Tapi saya sangat beruntung sebab di bawah D’Alfatih empire, downlines saya ramai doktor perubatan.

Saya banyak merujuk Doktor O&G doktor Asma’ Mohd Haslan dan Master Doktor Hasifah Ryg

Boleh dikatakam setiap hari saya kacau diorang mintak info pasal endometriosis dan belajar memahami penyakit ni. Diorang rujuk jurnal perubatan dan explain kat saya satu persatu. Apa bahayanya penyakit ni dan apa yang saya perlu buat untuk cegah dari terus parah

Mereka menasihatkan saya soal pemakanan supplement Shaklee dengan memberi rujukan dari jurnal. Rupanya memang terbukti berdasarkan kajian saintifik ada kaitan yang kuat di antara Polifenol(terdapat dalam Vivix) dan Endometriosis

Kandungan Polifeonal yang tinggi di dalam Vivix mampu merencat & melumpuhkan sel-sel endometriosis dari terus merebak

Mereka menasihatkan saya supaya istiqomah consume beberapa jenis vitamin dengan kuantiti yang khas iaitu:

Vivix
Gla complex
B complex
 Omega guard
 Vitamin C plus
 ESP
Set DETOX

Sebulan saya ikut aturan makan yang betul, Alhamdulillah sengugut saya 100% hilang. Ajaib ! Walhal sebelum tu berguling-guling saya sakit macam nak mati. Selepas detox dan istiqomah amalkan vitamin seperti di atas, senggugut saya hilang sepenuhnya!

Tapi kitaran period saya masih tingtong.

Bulan kedua lepas saya konsisten amalkan vitamin tersebut,  period saya dah kembali normal dan lancar-selancarnya. Sebelum itu kitaran haid saya sangat panjang iaitu selama 14 hari dan tersekat-sekat. Bulan kedua dah jadi normal, 7-8 hari sahaja dan smooth.

Ya Allah, bahagia sungguh rasa. Setiap kali check up bulanan dengan doktor pakar yang merawat, saya share improvement penyakit saya dan pakar pun turut meluahkan rasa gembira.

Pakar kata saya dah tak perlu lagi suntikan lucrin dan dia sendiri nasihatkan saya supaya terus istiqomah dengan vitamin yang saya amalkan cuma kalau bulan ketiga masih tak hamil jugak. Saya perlu jalani beberapa rawatan kesuburan khas.

SAYA HAMIL BULAN KE3 SELEPAS PEMBEDAHAN

Allah itu Maha Mendengar.. Bulan ketiga saya delay period 5 hari. Memang sangat mendebarkan. Tapi tetap saya buat ujian kehamilan dengan air kencing (UPT) dan keputusannya positif .

Saya terus inform pakar dan beliau minta saya tunggu lagi 2 minggu delay dan buat check up dengan beliau.

Inilah kisah perjalanan saya seorang endometriosis fighter 🙂

Bulan Jun 2016, saya menjalani operation laparoskopi dan mula amalkan supplement di atas

September 2016- Alhamdulillah hamil 😊

Saya kini check up kehamilan bulanan dengan doktor pakar yang rawat saya dari awal yakni Doktor Ishak dari  KPJ Seremban.

Doktor sendiri akui penyakit endometriosis saya beransur sembuh pun asbab konsisten mengamalkan vitamin Shaklee.
Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana sembuhkan penderitaan saya dan kembalikan kesihatan saya seperti sedia kala

Yang paling bermakna, penantian saya selama 3 tahun kini berakhir. 3 tahun saya bersedih tidak dapat hamil walaupun pelbagai usaha yang saya dah buat.

Masa tupun saya belum tahu  yang saya sebenarnya ada endometriosis 😢

Terima kasih suami kerana bersabar melayan karenahku yang mabuk teruk😢

Terima kasih Allah kerana izinkan rahimku berfungsi lagi dan mampu mengandungkan zuriat suami buat kali ketiga 😢

Nak kata semudah ABC saya lawan penyakit ni takla jugak. Banyak berendam air mata tapi saya sentiasa positif dan berdoa pada Allah swt  moga diberi kekuatan.

Alhamdulillah, kini anak ke3 sudah berumur 3 tahun. Semoga kisah ini memberi harapan kepada kalian yang mendhidap endometriosis.

Alhamdulillah!

Dapatkan Vivix pada harga promo, kurang 10% untuk penjimatan sehingga RM300. Whatsapp Nina untuk order sekarangg!

Nina Salleh,

Mompreneur, The Shaklee Living Proof

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh