A Hot Mompreneur

RESEPI YANG AKAN BUAT ANAK SUKA MAKAN SAYUR

Saya nak kongsi resepi mudah untuk buat anak suka makan sayur, sayur lemak.

Ini adalah sup putih yang anak sulung saya,  Amanda,

akan selalu request dan adik beradiknya yang lain pun sangat suka. Bila makan dengan nasi,

memang bertambah-tambah nasi diorang.

BAHAN-BAHAN:

1. Sayur pilihan. Kalau nak nampak warna warni boleh masukkan carrot.

2. Santan 1 kotak kecil dan 3 kotak air.

3. Bawang besar holland dihiris

4. 1 genggam ikan bilis, 4 biji bawang merah dikisar

5. Garam secukupnya

CARA MEMASAK

Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masukkan 1 kotak santan dan 3 kotak air kosong
Masak sehingga menggelegak, perasakan dengan garam dan sayur dah siap.

Simple kan? Cubalah. Anak-anak pasti suka.

 

 

 

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh