A Hot Mompreneur, Live a Healthy Life with The Brightstars

Shaklee International Incentive Trip 2018: Mediterranean Cruise [PART 1]

Assalamualaikum dan salam sejahtera😁

Hampir sebulan berlalu, rindu sangat dengan kehidupan bagai puteri raja atas kapal Symphony of the Seas😍

Kali ni Nina nak share pengalaman dari awal sampailah kami masuk ke dalam kapal terbesar Symphony of The Seas..

Supaya korang pun boleh rasa macam dah masuk kapal ni. Hihi. Tapi panjang, dan Nina kena pecahkan ke few parts. Part 1 ni mula dari KLIA sampai embark cruise.

Rindu bangun pagi menghadap laut, pilih restoran untuk sarapan dan siap untuk pusing bandar-bandar Eropah

Shaklee Incentive Trip yang Nina fight tahun lepas, tahun 2018 Shaklee offer international untuk Mediterranean Cruise on Symphony of the Seas atau Umrah.

Ini ialah kali kedua Nina qualified untuk trip percutian tajaan penuh Shaklee, kali pertama ialah regional trip, Libra Cruise .

‘You can achieve what your mind can conceive’ , semua terletak di minda kita. Nina sendiri rasa macam mimpi dapat trip ni. Tapi sebab Nak!

Nak? Buat habis-habisan. Bukan nak, tapi tindakan tak ada eh!! Tu memang nak mendapatttt.

KUALA LUMPUR-DUBAI

Ada budak nak kena tinggal
Ni macam satu kapal je yang hantar?

Travelog Europe Nina, Shaklee Incentive Trip 2018, bermula dengan penerbangan Emirates, berlepas dari Kuala Lumpur jam 2pagi, 8hb September 2018.

Ini adalah kali pertama naik flight Emirates ni. Siap ada menu tau flight ni.

Orang lain tidur, Nina layan movie Lake Placid kemudian perut lapar. Yang bestnya Emirates ni antara waktu selang kalau bukan meal-serving time, kita boleh request mami cup secara percuma. Yes!

Dah la coffee, juice, air masak boleh mintak je. Yang pasti, rasanya Nina la paling banyak mintak air, banyak songeh.

Habis Lake Placid, cerita Human Trafficking pulak, best! Kejap coffee, kejap mineral water, kejap juice. Request jugak sebotol besar terus mineral water tadi, tapi dia tak bagi sebab tak cukup nak serve orang lain hahaha! Orang tidur, kita tak tidur. Sayang sangat nak tingga movie.

Kemudian ada makan lagi, Nina tengok jam dah pukul 6 pagi waktu Malaysia, dapat air dan breakfast.

Sedap ni, rasa maggi ayam. Teringatnya🤤

So ni makanan Nina, best jugak (insert breakfast), semua dalam tray ni fav sangat kecuali buah tu, buah tembikai je Nina makan😌

Sewa pam susu dengan Faliyana Mom Shop

Pam susu kejap. Sempat 1 session sebab sibuk duk layan movie hehe. Lepas pam, masukkan siap dalam storage bag, guna ice packs yang bawak tu.

TRANSIT DI DUBAI

Settled 7 jam flight. So far enjoyed the flight, layan movie, fav tengok TV sebenarnya, tapi sebab busy handle bisnes, kena kurangkan TV🤭

Touched down Dubai, makan dan lepak bersama upline The Brightstars (TBS), RYG WNG dan team members lain.

Kat Dubai 3 jam transit. Kitorang makan pizza dan sandwich je.

7.50 am boarding next flight untuk Barcelona.

Lebih kurang 14 jam perjalanan, makan tak payah cakap, air pun berkali-kali mintak kopi dan air mineral. Jenuh steward layan Nina, tapi best la sebab senyum je. Kena contohi sikap pramugari, pramugara ni, sentiasa senyum.

HOLA BARCELONA!

Kami dah sampai di Barcelona lepas 7 jam lebih kurang dari Dubai.

Shaklee family dibahagi kepada 3 group, A B C, senang nak buat headcounts dan ikut bas untuk tour nanti.

Destinasi pertama di Barcelona ialah ke La Ramblas, tempat tarikan untuk siapa yang datang sini. Jalan-jalan jap. Bergambar je, memang tak nak shopping. Nina punya aim nak guna 170Euro yang Shaklee bagi je. Kita tengok la nanti.

Nina memang prefer jalan dan enjoy the scenary (read bergambar) kalau melancong hehe.

MAKAN TENGAHARI DI MARINA BAY

Lepas La Rambla, kami di bawa ke Marina Bay untuk makan tengahari.

Menu? Tak payah cakap, tip top! Kalau Shaklee yang sponsor😉

Starter pun dah macam ni
Seafood Paella (read: Paeya) sedap sangat weh, Nina siap suruh tapau hahaha
Lobster pun ada korang!

Alaaaa korang jangan risau, kalau nak tahu macam mana nak join Shaklee, jom whatsapp je, nanti Nina ajar macam mana nak dapat free trip macam ni.

Jom join team Nina, Nina akan guide untuk dapat trip ni!

Best sangat memang berbaloi kita fight untuk free trip, sebab Shaklee akan bagi 5 stars accomocations, transportations, foods, siap duit poket. Okey tak korang?

Group kitorang ada yang SPM je belajar, suami dulunya driver lori, tapi sekarang perghhhh.. 5 angka beb, buat bisnes Shaklee. Jaga team, war war untuk kesihatan. Dah pergi beberapa kali international free trip. Paling touching sangat sebab yang 1st trip, dia hadiahkan suami pergi Umrah ziarah Jordan😢

Sekarang suami la jadi tulang belakang, dan orang kuat bisnes dia.

BERMALAM DI BARCELONA

Lepas makan, kami di bawa ke hotel untuk bermalam, sementara board the cruise. Kami bermalam di NH Hotel. So korang tahu kenapa kena ke Barcelona? Sebab cruise berlabuh kat sini.

Setel solat Maghrib, keluar pergi Primark belakang hotel je. Sampai pun 9.30pm dah, tak sempat nak tengok untuk diri sendiri, beli barang anak je. Mak-mak sangat kan. Balik dari Primark, pam susu kejap sebab Nina masih menyusukan Eisyal sekarang dah 10 bulan. Kemudian tidur sebab penat sangat, baru rebahkan badan. Penat travel tapi enjoy!

SIGHT-SEEING BARCELONA

Bangun pagi pergi breakfast hotel, dan kami jalan-jalan beberapa tempat tarikan di Barcelona.

Park Güell ialah dulunya asalnya nak buat kawasan perumahan, tapi tak jadi, dan diubahsuai jadi tempat tarikan yang close to nature.

Dekat entrance Park Güell
Bersama otai dalam bisnes Shaklee, dah lebih 20 tahun. Berpuluh negara dah pergi dengan Shaklee
Master Syaheera (W&G), Tcer Mona dan Master Salwa
Simbol Park Güell ialah mozek naga ni

Sagrada Faília bermula tahun 1882, sehingga sekarang masih belum siap. Pembinaan gereja ini sepenuhnya menggunakan kutipan duit dari orang awak.

Menarik kan?

Sagrada Família di belakang kami

Hospital de Sant Pau ialah pusat perubatan utama Barcelona, selain dari keindahan dan keunikan binaanya.

Hospital ni diiktiraf sebagai World Heritage Site oleh UNESCO pada 1997.

EMBARKATION OF SYMPHONY OF THE SEAS; KAPAL TERBESAR DI DUNIA

Saat yang ditunggu dah tiba. Kami akan ke pelabuhan untuk menaiki Cruise Symphony of the Seas.

Sebelum tu, travel agent yang dilantik Shaklee dah bagi kami Sea Pass, kalau tak ada tak boleh masuk cruise sebab sea pass ni macam boarding pass.

Barcelona Cruise Port

Check in di kaunter untuk ambil Sea Pass Card.

Dapat Sea Pass Card dengan nama, nombor bilik dan info penting sepanjang atas kapal termasuk nombor table untuk makan di Main Dining, siap dah di ‘assigned’.

Sea pass card

Nak buat transaction, beli apa-apa dan guna kemudahan, main semua kena bawa sea pass, macam passport kita sepanjang trip ni.

Atas kapal ni jugak, sebarang pembelian, akan dikira sebaik kita checkout bagi pembelian menggunakan credit card. Untuk pembelian secara tunai, boleh setel terus masa bayar.

Ok jom masuk cruise bersama Nina k!

Welcome to Symphony of the seas, kapal terbesar di dunia!

Masuk je cruise, perkara pertama makan!!

Kami makan di Windjaimers Marketplace nama tempat makan ni. Kat sini makanan dihidang secara buffet.

Antara menu pertama kami atas kapal😁

Nenas sampai atas kapal, fav sangat!
Puding roti, nangisssss teringat hahaha

Lega jumpa nasi k!

Macam Libra Cruise juga, dalam ni ada banyak sangat pilihan tempat makan. Yang mana, ada berbayar dan pecuma.

Untuk yang percuma, kami dapat makan di mana-mana restoran, Windjammers Marketplace, Solarium, Park Cafe dan Promenad Cafe semua PERCUMA.

Dan kami dapat kambing dan ayam yang halal😁

Special request by team Shaklee😉

Orait, Nina sambung next entry untuk part 2, dalam cruise dan hari seterusnya travelog Europe bersama Shaklee Family.

P/S: Tahun 2019 Shaklee offer international Trip ke Las Vegas, Nina nak fight 2 tiket, nak jalan pimpin tangan suami taknak lepas😆

Daftar keahlian Shaklee bersama Nina, dan Nina akan guide dari zero to hero😉

Mompreneur,

Full time Shaklee business,

Founder of The Brightstars

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh