A Hot Mompreneur

5 TIPS BERNIAGA UNTUK SURIRUMAH

Surirumah pun boleh ada gaji bulanan selain nafkah dari suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya nak kongsikan tentang tips berniaga untuk surirumah. Dalam sedar tak sedar dah masuk hari ke-3 tahun 2020. Walapun masih belum ada kereta terbang, harapnya duit kita tak terbang jauh. Harga barang dapur naik banyak, perasan tak? Walaupun jarang beli barang dapur sendiri, tapi saya tahu harga bawang merah 1 kilogram mencecah RM14, naik dua kali ganda!

Tahun dah berganti, kisah percutian di Labuan masih belum siap. Huaaa

Nampaknya tahun ini, dengan kenaikan kos sara hidup dan elaun yang telah dipotong untuk para doktor yang mula bertugas, kita tidak ada banyak pilihan melainkan untuk tambah pendapatan melalui perniagaan. Kalau sibuk berkerja, maka pilihlah untuk menjual secara online.

Seperti kata Prof Muhaya, orang yang reaktif akan marah dan melenting dengan situasi yang dihadapinya. Manakala orang yang proaktif akan melihat kepada diri sendiri dan berfikir, “Apa yang saya boleh buat untuk dapat hasil yang berbeza”.

Kali ini saya nak kongsikan 5 tips berniaga terutama untuk surirumah bagi membantu suami untuk ringankan beban kewangan dan juga sebagai pendapatan tambahan.

1. Berbincang dengan suami

Sokongan dan redha dari suami amatlah penting bagi seorang isteri, maka sebelum mula berniaga, bincanglah dan dapatkan persetujuan dari suami. Selepas ini, kita akan perlukan banyak doa dari suami untuk kelancaran perniagaan.

Namun, ada juga suami yang tidak membenarkan kita berniaga walaupun dari rumah atas sebab tertentu. Mungkin risau keadaan rumah dan anak-anak akan jadi tidak terurus, maka usahakanlah untuk fahamkan suami dan ikut tips seterusnya.

2. Jangan manjakan diri

Berniaga dari rumah dan jadi bos sendiri perlukan disiplin yang tinggi. Kita yang bertanggungjawab memastikan berapa pendapatan yang kita akan jana, tetapi harus diingat tiada lagi orang atasan yang akan memarahi seandainya kita leka.

Maka, jadilah seorang bos yang tegas untuk diri sendiri.

3. Sediakan ruang untuk berkerja di rumah

Ruang ini tidak perlulah luas hingga perlu sewa rumah yang lain. Memadai untuk memuatkan buku catatan dan telefon pintar agar kita lebih fokus dan serius uruskan perniagaan sendiri walaupun dari rumah.

4. Gunakan apa yang ada di tangan

Sebelum mulakan apa-apa perniagaan, sebolehnya dengan ekonomi yang semakin mencengkam, pilih perniagaan yang tidak perlukan modal puluhan ribu ringgit.

Saya mula berniaga online tahun 2016 dan ini bonus (gaji pertama),bermodalkan RM65 untuk pendaftaran

Boleh mula berniaga dengan sistem dropship dan dapat untung ‘atas angin’ . Kemudian simpan dan kembangkan modal dari keuntungan yang kita dapat.

5. Tetapkan waktu berkerja

Walaupun berniaga dari rumah, pastikan untuk tetapkan waktu berkerja. Ini akan membantu kita agar lebih berdisiplin dan tidak sambil lewa uruskan masa. Waktu berkerja, fokus untuk kerja kita sepenuhnya. Habis waktu berkerja, fokus untuk jaga rumah, suami dan lengkapkan keperluan anak-anak.

Sertai group Geng mak-mak nak sihat dan cantik di Facebook untuk tips ekslusif nak tambat hati suami. Kalau minat nak join berniaga dari rumah, Whatsapp saya ya!

Nina Salleh,

Sudah hampir 4 tahun bina pendapatan dari rumah bersama-sama suami.

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh