Cara Masuk ke Singapore Dengan Kereta Sendiri

Asslamualaikum dan salam sejahtera, saya nak kongsi sedikit tips untuk masuk Singapore dengan kereta sendiri.

Exit Woodlands

Okay sebelum tu, dari lebuhraya, ada 2 exit untuk masuk Singapore. Biasanya kalau dari Kuala Lumpur kami akan terus exit Tuas.

Kalau ada di sekitar bandar Johor, kami exit Woodlands.

Kelebihan bila kita naik kereta sendiri, lebih senang dan ada masa yang flexible. Tak tahu jalan bukan masalah dah sebab sekarang ni kita boleh guna waze. Lagipun tambang teksi kat sana kalau nak convert ke RM, pengsan. Hehe.

TIPS MASUK SINGAPORE DENGAN KERETA

Jadi saya nak kongsikan 4 perkara penting kalau nak masuk Singapore dengan kereta.

1. Pastikan lesen memandu masih hidup.

Ada kes yang masuk Singapura tapi tak perasan lesen dah mati, di imigresen Singapura kena saman RM3000! Bayangkan macam mana tu.

Sangat strict ya dan kalian takkan lepas selagi tak setelkan saman. Duduk la dalam bilik sejuk kat imigresen tu. Huhu. Jadi pastikan lesen belum tamat tempoh.

2. Download app ‘SG Arrival Card’

White card biasa dah tak perlu isi. Sekarang dah ada app untuk gantikan white card. Memang sangat canggih dan menjimatkan masa.

Download app pengganti White Card
Download app SG Arrival Card sebelum memasuki Singapore
Isi sebelum masuk Singapore

Lebih mudah, senang dan cepat. Kalau tak, nak beratur isi white card tu yang makan masa 2-3 jam. Sebaiknya sebelum bertolak, dah isi siap-siap.

Elakkan jam, tak perlu pakai white card dah

3. Sediakan duit 10SGD untuk pembelian Autopass card

Di Singapura, kad ini sangat penting. Untuk masuk parking, toll dan akses ke tempat tertentu. Sebab tu awal-awal pastikan dah beli.

Autopass untuk setiap kereta

Semasa memandu, memang tak kena touch untuk bayar toll, tapi hati-hati sebab ada detector guna nombor kereta.

Setiap kereta, 1 Autopass. Jadi kalau kereta yang baru pertama kali nak masuk, memang kena buat lah autopass ni.

Kaunter jual autopass terletak selepas imigresen Singapura. Boleh rujuk gambr

4. Pastikan ikut had laju yang ditetapkan.

Pandu dengan perlahan dan steady sahaja, banyak jalan yang 70km/H.

Jangan lebih tau. Nanti tak pasal-pasal tak lepas nak keluar sebab saman lebih had laju.

Lepas ni dah boleh pandu kereta sendiri jalan-jalan kota Singa.

Stay Tune untuk tempat yang menarik untuk dilawati di Singapore.

Hello Merlion!

Nina Salleh,

Melawat Singapore dah banyak kali, baru pertama kali tengok Merlion.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Related Posts

10 WABAK PANDEMIK SEBELUM COVID-19

Pertama kali tahu perkataan ‘Pandemic’ ialah 13 tahun lepas. Waktu belajar topik Epidemiology, antara subjek yang terawal belajar di zaman universiti. Masa tu terfikir macam mana keadaan dunia bila ada…

Read More »
Whatsapp Nina Salleh