A Hot Mompreneur

REVIEW BERURUT DI RUMAH HUTAN BONDA ROZITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, dah lama janji nak share review berurut di Rumah Hutan Bonda Rozita yang Nina pergi masa awal bulan Januari. Sebenarnya tak plan tapi kebetulan nak closing bisnes untuk bulan 12/2018, rasa nak ringakan badan dan nak masuk tahun 2019 sebagai seorang yang fresh gitu! Tak sangka ramai yang duk tunggu feedback Nina kan. Hihi, faham sangat korang pun duk survey, maklumlah bab berurut ni sebenarnya subjektif. Baca sampai habis tau. Jangan lupa share, baru semangat Nina nak review lain pulak nanti. hihi.

CARA BOOKING UNTUK BERURUT

Setelah sekian lama baca dan follow rapat, tengok review customer dari Instagram Rumah Hutan Bonda Rozita rata-rata, dan memang 100%  bagi feedback yang best. Lagi lah rasa tak sabar. Kalau ikutkan, badan ni tak ada sakit-sakit pun sebab memang setiap hari amalkan 1 sudu Vivix  Shaklee hihi. Tapi saja nak rasa pengalaman berurut di Rumah Hutan Bonda Rozita. Nak booking semua online je, sangat senang.

Atau follow je cara ni untuk booking berurut.

STEP 1: Masuk ke web Rumah Hutan, klik sini

STEP 2: Pilih Pakej yang berkenan di hati

Ada beberapa pakej urut khas untuk wanita, semua nampak macam best. Setiap pakej rawatan berurut ada penjelasan, kalau ada masalah tertentu, boleh pilih ikut masalah kita. Nina pilih pakej Dewi Kemangi sebab seumur hidup tak pernah masuk SPA, jadi teringin nak SPA pulak.

Pilih pakej yang berkenan di hati

STEP 3: Pilih tarikh dan masa yang diinginkan

Pilih pakej>pilih tarikh yang dikehendaki, tarikh yang ada kekosongan akan berwarna biru.
Pilih masa yang dikehendaki

STEP 4: Transfer deposit minimum RM50

Bagi memastikan tiada backout buyer, lepas submit kita akan terima email dan dikehendaki bayar deposit. Kemudian hantar resit deposit.

PERJALANAN KE RUMAH HUTAN

Hari yang dinanti dah tiba. Masa pergi hari tu, Nina cuma waze saja, kalau dari Kuala Lumpur, ambil masa lebih kurang sejam, tu dah kira dekat tau, ada yang dari Johor, Singapore datang semata untuk berurut, diorang lagi jauh.

Sampai ke rumah hutan, parking kereta di tempat yang disediakan, lapor diri di kaunter receptionist, untuk membuat bayaran baki pakej urutan yang diminta.

Di ruang receptionist, senibina kayu yang sangat cantik
Di kaunter reeceptionist, ada tempat duduk dan produk Jamu Ratu Malaya boleh dibeli

Dari sini juga tukang urut yang ditugaskan akan diberi ‘alert’ siap sediakan bilik dan apa yang patut.

BILIK URUT DI RUMAH HUTAN

Lepas daftar, kita akan di bawa ke tempat untuk berurut dengan menaiki kenderaan mereka. Sampai kat atas sana, hanya yang berurut boleh masuk.

Selain dari orang yang nak berurut, mereka boleh tunggu di sini, ada ruang untuk solat dan ada kemudahan tandas

Suami dan anak-anak tunggu di ruangan yang disediakan, next time pergi kena tinggal anak sebab lama jugak kalau nak tunggu, seisi yang Nina tu 2 jam…😅

Hanya kita dan ada ‘usher’ yang bawa ke bilik urut

Dari dalam bilik urut, sangat dekat dengan alam.

Untuk pakej Nina, sebelum berurut, kita baring atas ni dulu, ada haba panas sambil tukang urut membelai muka

Bilik yang best, cosy dan sangat menenangkan. My first impression; Superb! Ye lah, ini taste Bonda Rozita, sangat close to nature. Rasa sangat tenang berada dalam bilik tu.

Tilam untuk urut yang selesa, dala bilik pun ada sinki, nak solat sini pun boleh

Ada bauan dan aromaterapi yang membelai jiwa sambil kita diurut.

PENGALAMAN BERURUT DI RUMAH HUTAN BONDA ROZITA

Untuk pakej yang Nina pilih, ada SPA, mula-mula masuk, kita disediakan air untuk rendaman kaki, beberapa minit. Masa ni pun dah dapat layanan 5 bintang haha. Kaki kita, tukang urut yang lap dan angkat dari tempat rendaman tu tau.

Honestly Nina tak pernah tahu macam mana best bila berurut, tapi kat sini Nina boleh cakap SANGAT BEST! Biasanya kalau berurut, pengalaman berurut masa pantang 3 anak pun, ada bahagian tubuh yang akan sakit sedikit, ada yang rasa tak sakit sampai Nina pelik, berurut ni memang kena rasa sakit ke? Tapi kat sini tak ada part yang sakit weh! Seriusss…

Memang lembut urutan, dari muka ke tangan, kaki dan sampai hujung jari pun, rasa macam puteri raja untuk 2 jam. Sangat membelai jiwa, tak tahu nak describe tapi Nina boleh cakap ini yang terbaik Nina pernah rasa.

Bila suami tanya, best tak berurut? Nina boleh jawab laju-laju, BEST! Kalau sebelum ni, jawapan biasa, ‘hmmm tak tahu la best ke tak’, itu skrip jawapan Nina. Masa urut lepas bersalin pun tak dapat rasa sangat significant tu.

Bagi Nina, urutan kat sini adalah yang tak menyakitkan, memberi kelegaan pada tubuh badan. It was a great experience and definitely will go again. Yang penting feedback suami pun cakap best, saya yang berurut dia pulak yang best?

Bagi Nina, luaran kena jaga, dalaman Nina konsistn Vivix. Sekarang Vivix promo tau boleh dapat harga RM342 kena whatsapp Nina untuk tahu macam mana😉

Korang kena try lah sendiri. Memang worth it. Ambil masa untuk rehatkan minda dan alami rasa yang bagi Nina, Nina tak pernah alami rasa tu. Jadi kesimpulannya, memang best I don’t know if I overrated. Tapi try lah, tak rugi untuk diri sendiri dan untuk suami❤️

Love,

Nina Salleh

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh