TBS Wellness

10 WABAK PANDEMIK SEBELUM COVID-19

Pertama kali tahu perkataan ‘Pandemic’ ialah 13 tahun lepas. Waktu belajar topik Epidemiology,

antara subjek yang terawal belajar di zaman universiti.

Masa tu terfikir macam mana keadaan dunia bila ada sesuatu wabak yang diisytihar pandemic, iaitu

apabila sesuatu jangkitan merebak tanpa batasan, ruang dan waktu.

Bilangan kes pula meningkat dengan mendadak, melangkaui sempadan kawasan.

Ini adalah 10 wabak yang memberikan impak dan

perubahan besar dalam sejarah kehidupan manusia sebelum Covid-19.

1. Hawar Justinian (541-750 AD)

Mengorbankan sekitar 30 hingga 50 juta orang, ia melemahkan

Empayar Byzantin yang sangat gah ketika itu.

2. Black Death (1347-1351)

Wabak ‘bubonic plague’ tersebar di seluruh benua Eropah, ia

membunuh hampir 25 juta orang.

Ia memerlukan lebih 200 tahun untuk penduduk Eropah kembali ke jumlah asal.

3. Smallpox (Abad ke 15-17)

Pertama kali dikenalpasti pada tahun 1492 di negara Amerika.

30% yang dijangkiti akan terkorban. Hampir 20 juta rakyat bersamaan 90% populasi yang terjejas.

4. Cholera (1817-1823)

Lebih dikenali sebagai wabak ‘Taun’, mula dikenalpasti di India.

Sehingga hari ini, ia menjangkiti 1.3 hingga 4 million orang setiap tahun.

5. Spanish flu atau H1N1 (1918-1919)

Menjangkiti sekitar 500 juta orang, dan mengakibatkan kematian sehingga 50 juta.

6. Hong Kong Flu atau H3N2 (1968-1970)

Mengakibatkan 1 juta kematian, 100 000 adalah dari United States.

7. HIV/AIDS (1981- kini)

Kes pertama dilaporkan pada tahun 1981, namun ia masih

menjangkiti dan membunuh orang sehingga hari ini.

Sejak 1981, 75 juta orang telah dijangkiti virus HIV,

dan 32 juta telah mati disebabkan virus tersebut.

8. SARS (2002-2003)

Penyakit ini disebabkan oleh salah 1 daripada 7 coronavirus yang boleh menjangkiti manusia.

Wabak itu bermula di wilayah Guangdong, China dan merebak ke 26 negara.

Ia menjangkiti 8000 orang dan mengkibatkan 774 kematian.

9. Swine Flu atau H1N1 (2009-2010)

Ia dikenalpasti daripada virus yang menjangkiti manusia melalui babi.

Berbeza dengan penyakit lain, virus ini mengakibatkan kematian

mereka yang kebanyakannya berumur kurang dari 65 tahun.

10. Ebola (2014-2016)

Dinamakan bersempena nama sungai, di mana wabak ini pertama kali dikenalpasti.

Bermula di perkampungan kecil Guinea, ia merebak ke Afrika Barat.

Ia membunuh sekitar 11,000 manusia dari 28,000 yang dijangkiti.

Penularan wabak bukan sahaja mengubah ekonomi, malah status

sosial seluruh dunia. Walaupun bukan perkara baru,

namun pendekatan untuk mencegah tetap perlu diambil.

Silakan #SHARE untuk sama-sama ada rasa tanggungjawab

dan berusaha untuk mengurangkan penularannya. Ia bermula dari diri sendiri.

Tags:

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh